Pengalaman 8 tahun menjadi majikan
Beberapa hari lepas ada sahabat minta pendapat berkenaan pekerja beliau.
Pening katanya dengan kerenah pekerja.
Itu tak kena, ini tak kena. Akhirnya majikan yang kena buat semua sendiri sampai penat.
Ada pekerja tapi macam takde fungsi. Pekerja tak mau buat lebih dari skop kerjanya.
Ikut peraturan memanglah salah majikan minta kerja yang luar dari skop kerja dia.
Dia sebenarnya jadi salah bila masa amik pekerja tak terang betul2.
Pekerja kena faham kalau small medium company ni, memang kena banyak lompat2 department.
Kadang2 kena cover itu ini.
Majikan juga kena explain situasi company dari awal. Jadinya supaya pekerja sendiri aware kalau bekerja disini ada masa dia akan ditukarkan ke department lain, atau kena cover department lain.
Kalau dari awal pekerja dah faham & aware inshaAllah masa depan takde isu ini.
Piya punya company adalah company pembuatan & pengeluaran.
Jadi banyak department yang ada dan yang paling critical department operation.
Pekerja kami semua yang ada >4 tahun dah.
Paling lama ada yang 8 tahun, dari masa company bukak setia sampai sekarang. Alhamdulillah.
Ini antara praktis yang piya amalkan sepanjang jadi majikan 8 tahun ni.
- Ofcouse job skop mesti jelas masa amik pekerja
- Explain juga kebarangkalian yang dia akan kena cover job lain
- Incase that happen, apa majikan yang perlu lakukan & apa yang dia perlu lakukan
- Sekiranya majikan perlukan pekerja untuk cover kerja lain, apakah dapat insentif lain?
- yang jadi pekerja reluctant untuk buat ialah takde insentif lain, setakat gaji saja.
- salah majikan bagi gaji terlalu tinggi untuk 1 job scope
- kalau memang department tu fully operated, busy sentiasa, keje sedia ada pun melambak jangan kacau dia, cari orang lain
- kalau 1 job scope buat 1 keje je & seasonal job. Ada masa dia busy, ada masa lenggang dok melanggu saja, jangan offer gaji tinggi sangat, ngam2, kemudian offer insentif untuk buat keje lain
5. Masa amik pekerja cari yang willingly suka explore & suka belajar
6. Offer certificate untuk job scope lain. Kadang dia apply as admin, kita offer dia belajar untuk bidang lain juga contoh operation & warehouse management ke.
- and then dia boleh apply juga knowledge dia masa keje dengan kita sekiranya perlu
7. Kita amik pekerja itu manusia, mesti dia akan buat silap. Kena bagitau sesiap apa expectation kita & sekiranya berlaku kesilapan dari dia apa yang kita akan lakukan.
- honestly dulu piya memang tak pandai bab ni, tapi lepas belajar, apply alhamdulillah, error sangat2 minimal sekarang <1%
- jarang sangat dah dapat complain dari customer pasal produk & kualiti produk
8. Kalau ada denda mesti ada reward juga. Kalau dia didenda sebab kesalahan, dia mesti juga mesti diberi reward sekiranya dia excellent. Dia buat lebih dari apa yang kita minta kita bagi lebih
- di Myhomelab kami amalkan bonus 2 bulan sekali. Sekiranya department tu excellent, takde apa2 error dalam 2 bulan tu dapat bonus.
- sekiranya ada error, dorang tak dapat bonus tu
- bonus tu yang kita sendiri boleh afford
- silap piya dulu ialah bagi bonus setahun sekali dulu. Bagi bonus besar terus. Jadi lama dorang nak tunggu bonus tu.
- tapi bila buat bonus 2 bulan sekali, kecik2 je bonus ni, tapi lagi semangat pekerja buat yang terbaik
- alhamdulillah, setakat ni bonus tahunan pun kami ada bagi juga
- Kena selalu tanya juga macamana dia keje sekarang. Ada apa2 yang dia perlukan untuk mudahkan proses dia bekerja.
- Last sekali, selalulah berdoa pada Allah untuk memudahkan urusan kita & urusan pekerja2 kita. Minta Allah jagakan mereka baik2, jagakan hati mereka supaya mereka senang bekerja dengan kita.
Minta pada Allah untuk hadirkan orang yang baik2 untuk kita.
Jadi itu sajalah buat sementara ni tips untuk majikan. Piya ni bukanlah company besar mana, mana yang piya rasa bermanfaat untuk korang, piya share.
p/s: sebelum ada yang tanya piya guna apa untuk pantau pekerja dari jarak jauh, piya explain sini. piya banyak guna apps & software.
Antara software yang piya guna ialah trello. Pekerja2 akan update setiap step kerja dia dalam trello.
Semua department kumpul sini. Admin, purchasing, operation, hr, account semua kumpul di trello.
Yang takde marketing & sales saja. Yang tu guna apps lain.
Snippet dari dashboard trello kami.
Daftar FREE ACCOUNT Trello
Responses